Dongeng Pak Pandir Moden

pakpandir

Di dalam sebuah kampung, tinggal seorang bernama Pak Pandir dan isterinya, Mak Andeh. Kerja Pak Pandir setiap hari ialah bercucuk tanam di sekeliling rumahnya. Penuhlah sayur sayuran seperti bayam, sawi, kangkung, terung,kacang, cili dan bermacam-macam lagi yang boleh dipetik sahaja untuk makanan setiap hari. Di belakang rumah ada parit kecil dan banyak pula ikan haruan, keli dan puyu. Maka mereka tidaklah mati kebuluran walaupun negara dihimpit masalah ekonomi. Kerap juga orang datang membeli kerana harga di pasar naik menggila-gila.

Suatu pagi Pak Pandir turun bekerja di kebunnya seperti biasa. Mak Andeh berkata, sambil memegang sekeping kad, “Jangan lupa hari ini ada jemputan makan tengah hari kerana Menteri merasmikan balai raya”. Pak Pandir mengangguk-angguk sahaja. Jam sebelas setengah, Pak Pandir berhenti bekerja, membasuh muka lalu berjalan keluar. “Eh awak nak ke mana?” tanya Mak Andeh. “Ke mana lagi, ke majlis di balai raya itulah”. “Kenapa tak tukar baju, tak kan nak pergi majlis makan tengah hari dengan pakaian buruk bertampal awak tu. nanti diketawakan orang” Maka dijawab Pak Pandir, “Mengapa nak ketawakan saya. Awak tengok dalam kad itu, terang-terang ditulis Pakaian Kerja. Ha, bukankah ini pakaian kerja saya?” . Mak Andeh pun terlopong dan Pak Pandir terus berjalan pergi.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.