Anugerah Sastera Negara

Anugerah Sastera Negara

ANUGERAH SASTERA NEGARA

Anugerah Sastera Negara yang pertama diadakan pada tahun 1981 hasil gesaan mantan Perdana Menteri, Tun Hussein Onn yang menginginkan sebuah hadiah sastera yang berprestij demi mengangkat martabat sastera di Malaysia.

Penerima Anugerah Sastera Negara akan membawa gelaran Sasterawan Negara.

Sehingga kini, Malaysia memiliki 14 orang Sasterawan Negara iaitu:

1. SN Dr. Kamaludin Muhammad atau Keris Mas (1981)
2. SN Prof. Emeritus Dato’ Dr. Shahnon Ahmad (1982)
3. SN Datuk Dr. Usman Awang (1983)
4. SN Datuk Dr. A. Samad Said (1985)
5. SN Dr. Muhammad Dahlan Abdul Biang atau Arena Wati (1987)
6. SN Prof. Emeritus Dr. Muhammad Haji Salleh (1991)
7. SN Datuk Noordin Hassan (1993)
8. SN Datuk Abdullah Hussain (1996)
9. SN Prof. Madya Dr. Syed Othman Syed Omar atau S. Othman Kelantan (2003)
10. SN Dato’ Dr. Anwar Ridhwan (2009)
11. SN Datuk Dr. Ahmad Kamal Abdullah atau Kemala (2011)
12. SN Dato’ Baharuddin Zainal atau Baha Zain (2013)
13. SN Datuk Dr. Zurinah Hassan (2015)
14. SN Prof. Dr. Siti Zainon Ismail (2019)

Siapakah bakal Sasterawan Negara seterusnya?

Kredit gambar: Laman web DBP

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.