TENTANG PANTUN YANG TIDAK BERIMA

 Apakah terdapat pantun yang tidak berima? Jawapannya
tentulah tidak, sebab syarat pantun mesti berima abab, dan ada juga yang berima
aaaa.
Tetapi cuba baca pantun2 di bawah
Terjun dari gotak Bota
     Dapat sebiji durian dan mangkar
Disangka air dalam belaka
     Jatuh terjerembab di atas pasir
Cak cak canggung
    Canggung di tepi air
Adik nak makan jagung
    Jagung dimakan kerbau.
Dari Jejawi ke Kubang Gajah
    Jangan menyimpang ke Mata Air
Mungkir janji bukan mudah
    Bagai hutang belum dibayar.
Buah duku buah durian
Saya tunggu dari kelmarin
(Dan pantun dua kerat.)
Bila baca rangkap rangkap di atas anda akan dapati ia
tidak berima. Tetapi mengapa pula saya mengatakan rangkap rangkap itu adalah pantun?.
Sebenarnya rangkap2 di atas adalah pantun tempatan dan
diucapkan dalam bahasa daerah atau loghat tempataan. Sebagai tradisi oral  pantun diucapkan secara lisan dan tidak
bertulis. Dua pantun teratas adalah dari Perak. Pantun pertama bila dibaca dalam
loghat tempatan ia berbunyi:
Terjun dari gotak Bote
Dapat sebiji dorian dan mangko
Disangka ayo dalam belake
Jatuh terjerambat di atas pasio.
Bila mangkar di sebut mangko dan pasir disebut pasio
barulah datangnya rima. Pantun ini termasuk dalam jenis pantun nasihat. Pantun
daerah memang sering berunsur jenaka. Dalam jenaka ia mengajar kita supaya
berhati-hati. Umpama orang yang terjun dan mandi di sungai, janganlah
menganggap semua tempat sama dasarnya. Ada tempat yang cetek dan ada tempat
yang dalam. Bila terjun di tempat yang dalam, bolehlah seseorang berenang dan
mandi. Tetapi bila terjun ke tempat yang sangat cetek dia akan terjun di atas pasir
dan jatuh tersembam (terjerembab)
Pantun kedua merupakan nyanyian kanak-kanak menggambarkan
kehidupan rakyat marhean yang menanam jagung tetapi jagung telah dimakan oleh
kerbau. Baris kedua dibaca canggung di tepi ayo. Baris keempat jagung dimakan
kerbo. Maka barulah terdapat rima abab.  
Pantun ketiga dari Kedah. Baris kedua hanya berima dengan
baris keempat bila disebut dalam loghat Kedah iaitu Mata Air menjadi Mata Ayaq
dan dibayar pada baris ke empat dibaca dibayaq.
 (Dan pantun dua
kerat.)
Bagaimana dengan pantun dua kerat di bawah ini.
Buah duku buah durian
Saya tunggu dari kelmarin
Pantun ini diambil daripada lagu Keronchong Kemayuran.
Dalam sebutan ianya adalah Buah duku si buah duren/Saya tunggu
dari kemaren.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.