PEMBENTUKAN
IDENTITI WANITA: PENDEKATAN FEMINISME PUISI-PUISI TERPILIH ZURINAH HASSAN.

(sedutan kertaskerja Dr. Suzana Muhammad (Universiti Sains Malaysia)yg mengulas kumpulan puisi Pesanan Dari Gunung
Ledang/ A Message From Mount Ledang 2004, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan
Pustaka) yg dibentangkan dalam “Seminar Kefahaman Budaya ke VIII:
Zurinah Hassan, Sirih Pulang ke Gagang”, yang berlangsung di Universiti Sains Malaysia,Pulau Pinang pada 18
Disember 2004 anjuran bersama Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Utara dan
Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar Universiti Sains Malaysia.

Zurinah mencampuradukkan watak sejarah
dan legenda untuk menyokong pembentukan identiti wanita baru. Perbincangan tentang
watak-watak wanita legenda dalam konteks intertekstualiti itu berjaya membuka
ruang kepada pembaca untuk memahami kedudukan wanita yang diklasifikasikan
sebagai “invisibility, silence dan
marginality” . Berdasarkan watak-watak wanita legenda Zurinah menggesa
pembaca membuat perbandingan tentang kedudukan wanita dalam masyarakat yang tidak
bersuara dan selalu dijadikan mangsa kepada keadaan. Hubungan intertekstualiti
ini muncul dalam puisi-puisi seperti “Surat Teja kepada Tuah”, “Pesanan Puteri
gunung Ledang kepada Sultan Mahmud” dan “Pelayaran Hang Li Po”. Penyair secara
tidak langsung mengupas kelemahan wanita yang tidak bersuara, wanita yang tidak
berani menentang adat dan juga wanita yang cekal menghambakan diri demi
kepentingan patriaki . Namun begitu, di sebalik bait-bait rangkap puisi
terpapar suara kontemporari serta sinis yang mengusul wanita agar bangkit dan
tidak alpa menerima nasib seadanya.

Watak mitos Puteri Gunung Ledang
menjadi lambang kebangkitan wanita melawan dan bersuara lantang menolak
kemahuan dan mengikut telunjuk lelaki. Wujudnya prinsip-prinsip “disobedience”
atau ingkar yang secara tidak langsung meletakkan wanita pada tahap yang lebih
berani bersuara berbanding sebelumnya. Konsep ini bersifat politik kerana
dengan mencabar wacana patriarki, penulis wanita perlu menulis pengalaman
wanita itu sendiri. Mary Eagleton mengupas teori politik feminisme:

Women find it difficult to
give expression to their true selves and feel invisible or marginal in a
male-dominated culture. Part of the struggle of feminism has been to support
woman in creating new, valid images of themselves, a sense of wholeness and a
more authentic representation of what it means to be a woman. (189)

Zurinah dalam koleksi puisi Pesanan “Dari Gunung Ledang/ A Message From
Mount Ledang
Mount Ledang
telah menyahut cabaran Eagleton dengan
membuat pembentukan identiti wanita yang unik. Puisi-puisi seperti “ Catatan
untuk Siti” dan “Perkahwinan” memaparkan
sikap penulis lebih terbuka terhadap perbentukan dan perwatakan wanita
kontemporari. Zurinah menekankan keperluan individu wanita itu sendiri untuk
menghadapi cabaran serta mengambil langkah initiatif melakukan pembaharuan.
Pendekatan feminis mengenal pasti kekuatan wanita yang dikaitkan dengan
kecekalan dan keras hati Legenda Puteri Gunung Ledang yang menolak cinta Sultan
Mahmud dalam teks sejarah. Pendekatan Feminisme melihat kekuatan penyair dalam
usaha meneguhkan kekuasaan dan autonomi dalam tema-tema puisi yang dipilih.

Dalam puisi-puisi Zurinah terdapat
lebih banyak watak-watak wanita legenda dalam teks sejarah yang telah
diubahsuai identitinya untuk menyampaikan maksud yang lebih feminin. Dalam
kertas kerja ini, pembaca berpendapat Zurinah banyak belajar daripada kesilapan
wanita dalam legenda Melayu yang akur terhadap situasi dan kehendak patriarki
pada zaman sebelum ini. “Surat Teja kepada Tuah” secara sinis mengkritik watak
wanita yang telah dijadikan boneka oleh pahlawan tersohor. Namun begitu,
Zurinah menekankan perbezaan darjat (social class) antara Teja dengan Tuah dari
segi keturunan dan kedudukan dalam masyarakat Melayu ketika itu yang tidak
menyokong penyatuan dua insan berlainan
darjat.

Tapi apakan daya
Teja
bukan perempuan biasa
bukan perempuan biasa
Lahir
di kamar kebesaran
di kamar kebesaran
Besar
di taman larangan
di taman larangan
Amat jelita dan mulia
Untuk melayani impian yang
terlalu biasa
terlalu biasa
Zurinah meletakkan darjat
kebangsawanan Teja dalam puisi ini sebagai asas untuk meninggikan martabat
wanita. Namun dalam cerita asalnya, Tuah hanya berpura-pura menyintai Teja.
Memikat Teja untuk Sultan dilakukan demi mengukuhkan kedudukan beliau sebagai
pahlawan yang taat setia kepada Sultan. Watak Tun Teja dalam puisi ini telah
menunjukkan bahawa wanita sejak dari dahulu lagi telah diperalatkan oleh lelaki
untuk kepentingan kedudukan politik dan kepentingan sosial tanpa mengira
keturunan dan kedudukan wanita tersebut.

Oleh yang demikian, pembentukan identiti
wanita diolah secara lebih positif dan diberi imej baru dalam puisi “Pesanan
Puteri Gunung Ledang.” Dalam puisi ini, penyair menekankan tidak semua watak
wanita legenda Melayu terpaksa akur kepada keadaan patriaki dan tersungkur demi
memenuhi tuntutan dan tanggungjawab sosial kepada negara serta masyarakat.
Penyair membayangkan Puteri Gunung Ledang sebagai contoh penolakan wanita
terhadap penindasan dan konvension. Zurinah menyelitkan watak wanita yang
berani dan tidak akur kepada dominasi patriarki. Namun begitu di sebalik imej
positif Puteri Gunung Ledang, dalam puisi “Pesanan Puteri Gunung Ledang”
watak-watak legenda wanita Melayu yang telah tewas kepada lelaki dipaparkan
untuk mengungkap perihal penindasan wanita yang sering kali diperalat dan
ditindas oleh patriarki.

Tuan
Mamat,
Mamat,
Sebenarnya
aku memberi syarat ini
aku memberi syarat ini
Kerana
aku tidak sudi menjadi permaisuri sultan

Dan hidup bercerminkan
kekeruhan
kekeruhan
Aku bukan Tun Fatimah
yang pandai memaafkan
kezaliman
kezaliman
aku bukan Tun Kudu
yang tahu merelakan paksaan
cukuplah terbungkus menjadi
persembahan
persembahan
dan tersungkurnya Tun Teja
ketika menangkap bayang-bayang
cinta
cinta
Dalam rangkap ini, imej Tun Fatimah dikupas
kembali sebagai watak wanita yang mudah memaafkan kezaliman setelah ayahanda
serta seluruh ahli keluarga dibunuh dengan kejam atas alasan ingkar kepada
Sultan. Cerita sejarah Bendahara Melaka dan ketaatan beliau menyokong
kedaulatan Sultan diceritakan kembali dalam konteks serta zaman yang berbeza.
Watak Tun Fatimah yang menikahi Sultan setelah seluruh ahli keluarga dibunuh
membayangkan Tun Fatimah sebagai wanita yang tidak berpendirian teguh. Dalam
puisi ini Zurinah memanipulasikan imej Tun Fatimah sebagai wanita yang menerima
nasib seadanya. Sedangkan catatan sejarah menunjukkan Tun Fatimah juga seorang
wanita yang berani dan lantang bersuara. Dari satu sudut, Zurinah terlalu
Streotaip terhadap watak wanita legenda, Tun Fatimah. Begitu juga dengan watak
Tun Kudu yang tidak mempunyai pilihan mahupun membuat keputusan sendiri
menyebabkan beliau “merelakan paksaan” tanpa meneliti konteks sebenar peristiwa
yang telah berlaku. Dalam rangkap ini bait-bait yang menyebut “cukuplah dengan
puteri Hang Li Po yang terbungkus menjadi persembahan” penyair secara sinis
membuat analisa mudah mengatakan Li Po dijadikan barang persembahan kepada
Sultan demi mengukuhkan hubungan perdagangan antara Melaka dengan Negara Cina
seperti yang dicatat dalam teks sejarah. Ternyata peristiwa Li Po dijadikan
tanda aras yang meletakkan kedudukan wanita sebagai alat atau barang yang
diperdagangkan demi kepentingan masyarakat, negara dan tanah air. Penyair
menekankan setinggi mana sekalipun kedudukan seorang wanita, pemerintah
patriarki tetap meletakkan kedudukan wanita sebagai subordinasi. Sebagai contoh
kisah Li Po walaupun hidup sebagai seorang puteri raja, namun kepentingan dan
kewujudan wanita ini terpaksa dikorbankan demi kepentingan politik.