PESANAN KEPADA DEKLAMATOR

Ini pendapat saya tentang deklamasi puisi. Apa yang dimaksudkan dengan Deklamasi Puisi? Deklamasi puisi bermaksud membaca atau menyampaikan puisi moden (sajak) dengan gaya untuk diperdengarkan kepada penonton Bagaimana yang dikatakan Deklamasi yang berjaya atau deklamator yang baik? Bila deklamator dapat menyampaikan maksud sajak kepada pendengar. Dapat memikat perhatian pendengar untuk turut menghayati dan menikmati sajak yang dibaca. PERSEDIAAN DEKLAMATOR

  1. 1. Baca dan fahami sajak yang akan dideklamasikan
  2. 2. Berlatih menyebut setiap patah perkataan. Beri tumpuan kepada perkataan yang sukar disebut. Lain orang lain pula perkataan yang dirasakan sukar. Sebutan mesti jelas. Sebutan yang tidak jelas (walaupun sepatah perkataan sahaja) atau kedengaran berlainan akan menjejaskan atau menukar seluruh maksud sajak. Pendengar (dan hakim) menilai apa yang didengar.
  3. 3. Hafal sajak jika dikehendaki berbua demikian
  4. 4. Fikirkan gaya yang sesuai dengan sajak dipilih, berhati-hati agar tidak keterlaluan hingga melucukan
  5. 5. Pastikan anda tidak mengambil masa terlalu lama untuk menghabiskan sesebuah sajak. Ini menjemukan penonton dan hakim.
  6. 6. Jika membawa alat bantu atau prop pastikan ia benar-benar membantu dalam deklamasi. Ada prop yang hanya mengganggu tumpuan penonton
  7. 7. jaga kesihatan terutama kualiti suara supaya berada di dalam keadaan baik semasa hari pertandingan
  8. 8. Buat gerakan atau senaman bagi memperbaiki pernafasan dan kawalan suara
  9. 9. Pakaian yang tidak sesuai akan menjejaskan mood atau suasana yang hendak dibina.
  10. 10. Bawa air dan gula-gula yang melegakan tekak (ini pesanan penting..kalu terbatuk-batuk macam mana?)

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.