PANTUN PENGANTIN BARU

Mengalu-alu/memuji
pengantin
Beli gula di
Pekan Baru
   Berbalut kertas merah kuning
Sila-sila
pengantin baru
   Dua sejoli jalan berganding
Bunga manggar di
kanan kiri
    Bunga rampai hiris hirisan
Pengantin baru
raja sehari
   Tambah
berseri dengan hiasan
Sudah sampai
putera berempat
   Pulang berburu di hutan jauh
Sudah tercapai
kata sepakat
   Sudah begitu 
suratan berjodoh
Kain songket
halus tenunan
     Dibawa orang masuk ke kota
Sudah bertemu
dengan pasangan
   Laksana cincin dengan permata
Laksamana cergas
dan tangkas
   Cukup berilmu dengan gurunya
Ibarat dakwat
dengan kertas
   Sudah bertemu dengan jodohnya
Padang Temu
konon namanya
    Tempat kuda berlari-lari
Sudah bertemu
dengan jodohnya
     Bagai cincin lekat di jari.
Selendang mayang
selendang batik
    Batik dari Surabaya
Makin dipandang
bertambah cantik
    Naik seri dengan cahaya
Doa dan Pesanan
untuk Pengantin
Yang jauh
sudahlah dekat
    Sudah dekat bersalam mesra
Kami berdoa
semoga berkat
   Menempuh hidup aman sejahtera
Mawar merah
harum mewangi
   Jambangan digubah berseri-seri
Doa restu kami
iringi
   Baik berpakat suami isteri
Di dalam dulang
berisi sagu
   Tabur sagu dimakan merpati
Jangan bimbang
jangan ragu
    Hidup baru kini menanti
Sudah bersarang
burung tempua
   Sarangnya tinggi tidaklah rendah
Dahulu seorang
sekarang berdua
   Ikatan janji tertunai sudah
Sudah bersarang
burung tempua
   Sarangnya jauh tidaklah dekat
Dahulu seorang
sekarang berdua
   Baik-baik duduk berpakat
Kain baldu kain
bertekat
    Dibawa orang dari Melaka
Sudah berpadu
kata sepakat
   Kalau jodoh bertemu juga
(Mengalu-alukan
tetamu)
Cantiknya burung
cenderawasih
   Terbang sekawan di hari petang
Kami ucapkan
terima kasih
   Kepada tuan yang sudi datang
Bunga anggerik
jual dipekan
    Tumbuhnya rendang di atas para
Silalah tuan
para jemputan
    Sudi kiranya menjamu selera
Harum semerbak
bunga rampai
    Sekuntum mawar sudah disunting
Duduk keliling
tetamu yang ramai
    Melihat pengantin duduk bersanding
Ikan gelama
tenggiri batang
    bersama dengan ikan cencaru
Ramai-ramai kita
datang
    Hendak meraikan pengantin baru
Buah rambai
tumbuh dihutan
    Dihujung ranting buahnya lebat
Mari beramai
kita doakan
    Semoga majlis mendapat berkat
Untuk santapan
para tetamu
   Lauk pauk nasi beriani
Sekali ini kita
bertemu
   Sudilah menjamah hidangan kami
Sungguh harum
bunga rampai
     Dibawa orang ke tengah balai
Sanak saudara
sahabat handai
    Datang meraikan dua mempelai
Mawar merah di
atas peti
   Bunga melur saya kalungkan
Tuan rumah
berbesar hati
   Apa yang kurang mohon maafkan
Zurinah Hassan

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.