PANGLIMA SALLEH SELENDANG MERAH
Rencana ini disiarkan di DEWAN SASTERA MEI 2012 ruangan Bicara Karya.
Penanda Sejarah
Panglima Salleh Selempang Merah
OLEH: ZURINAH HASSAN
Panglima Salleh Selempang Merah (PSSM), yang ditulis oleh Zaharah Nawawi merupakan sebuah novel sejarah setebal 394 halaman yang mengisahkan perjuangan dan kebangkitan orang Melayu menentang kekejaman komunis. Kebangkitan ini terjadi di sekitar Batu Pahat dan Muar, Johor, diketuai oleh seorang yang bernama Salleh bin Abdul Karim dan bergelar “Panglima Salleh Selempang Merah”.Bagi orang yang tidak tahan hati mungkin tidak sanggup membaca secara terperinci atau menghabiskan novel ini. Novel ini penuh dengan gambaran realistik perbuatan kejam komunis terhadap penduduk kampung.
Mengikut Zaharah Nawawi sewaktu ditemui di rumahnya di Subang Jaya pada 25 Disember 2011, peristiwa-peristiwa yang digambarkan di dalam novel ini adalah peristiwa-peristiwa yang benar-benar berlaku sepertimana yang diceritakan oleh beberapa orang yang mengalaminya kepada beliau. Watak-watak yang ditemui di dalam novel ini adalah watak-watak yang sebenar. Ada di antara mereka yang masih hidup pada hari ini. Walau bagaimanapun sebahagian nama-nama mereka telah diubah atas sebab-sebab keselamatan.
Mcmna nk dpt buku ni….dulu sy ada tpi bapa sy bgi org pulak.puas sy mncari tapi tk jumpa
Sy jg cari buku ni, dmn blh dpt?
Sama juga dah bertahun cari buku selempang merah ni, tapi xpernah jumpa, kalau pdf pun boleh la janji boleh baca. Sapa2 yg ada buku ni kalau nak jual boleh email pada saya sibongkok_360@yahoo.com