Masyitah

masyitah firaun

Puisi Isnin : Masyitah
oleh Zurinah Hassan
Puisi Ke-4 di Mihrab Puisi
Catatan |
Puisi ini merupakan buah karya Sasterawan Negara Ke-13, Datuk Dr. Zurinah Hassan. Puisi-puisi beliau yang lain sudah banyak diterbitkan dan menjadi bacaan sekalian rakyat, tidak mengira rumpun bangsa. Puisi beliau yang bernuansa Islam sangat membekas di jiwa pembaca. Beliau antara pensajak wanita yang dibanggakan oleh rakyat Malaysia.
*******
MASYITAH
Kau tidak pun merasa gentar
melihat kawah Firaun
kau tidak pun teragak-agak
untuk melepaskan bayimu
segala itu telah kau relakan
demi cinta pada Tuhan
Aku tahu Masyitah
keyakinan boleh menghilangkan kesakitan
dan aku pun cukup tahu
keraguan itulah sebenarnya kesakitan.
~ Zurinah Hassan
*******
Mihrab Puisi akan menyiarkan puisi setiap Isnin & Jumaat jam 10 pagi. Kongsikan kepada yang lain. Semoga kita semua beroleh manfaat dunia akhirat.

kredit : mihrab puisi

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.