Kemahiran menulis dan Manfaatnya.

Apakah
faedah menambah ilmu dalam bidang penulisan? 
Jawabnya: Banyak.
Mahir menulis bererti mahir berbahasa.
Bahasa adalah kurniaan Allah kepada
manusia yang diciptaNya. Hanya manusia yang dikurniakan oleh  Allah Maha Pencipta dengan ‘bahasa’. seperti
maksud  ayat 3 dan 4 Surah Ar-Rahman
“Dialah yang telah menciptakan manusia. Dialah yang telah membolehkan manusia
bertutur memberi dan menerima penyataan”.
 Bahasa yang cantik dan indah diperlukan bagi
melahirkan perasaan. Hal ini mengingatkan kepada  lagu Allahyarham Tan Sri P. Ramlee:
“ tiada kata secantik bahasa
untuk kupuji adinda
Lagu ini memperlihatkan betapa
seseorang memerlukan bahasa untuk menyatakan perasaan atau apa yang sedang
dipendam di dalam hatinya.
Bahasa yang baik tidak hanya
diperlukan untuk meluahkan isi hati yang biasanya dikaitkan dengan perasaan
kasih sayang. Kemahiran berbahasa dan kemahiran menulis adalah satu kemahiran
yang cukup berguna kepada semua tanpa mengira kerjaya, pekerjaan atau profesion
seseorang.
Memperbaiki hubungan sesama insan
Kemahiran berkomunikasi sangat penting
di dalam segala aspek kehidupan. Pembangunan manusia tidak akan wujud tanpa
komunikasi dan Komunikasi memerlukan bahasa. Komunikasi sesama insan akan lebih
berkesan dengan kemahiran berbahasa. Kualiti kehidupan bergantung pada sebaik
mana kita berkomunikasi, dengan orang di sekeliling,  dengan keluarga atau di tempat kerja.
Kemahiran Berbahasa Memperbaiki
Kerjaya
Kemahiran menulis dan berbahasa
membantu setiap orang di dalam menjalankan pekerjaannya.Ia membantu seorang majikan
memberi arahan dengan lebih jelas dan seorang pekerja membuat laporan kepada  majikannya. Dari sini timbullah  suasana yang lebih harmonis yang membawa
kepada peningkatan  produktiviti dan
kesan positif kepada pembangunan Negara.
Kegiatan masa lapang yang berfaedah.
Menulis adalah satu kegiatan yang
berfaedah.Seorang remaja yang suka menulis lebih gemar duduk berfikir dan
mempertajamkan penulisannya daripada membuang masa dengan tidak menentu atau
keluar melakukan kerosakan di tempat awam.
PROSPEK KERJAYA
Kemahiran
menulis dapat meningkatkan potensi dan prospek kerjaya seseorang. Antara sector
yang memeruKemahiran ini  diutamakan oleh
pihak berikut:
1)   
Syarikat
Perhubungan Awam dan Komunikasi.
Setiap organisasi mempunyai
unit perhubungan awam untuk meningkatkan imej korporat. Syarikat syarikat besar
mengeluarkan laporan tahunan, majalah syarikat (in-house magazine), buletin
perkembangan semasa dan sebagainya. Pada masa ini syarikat-syarikat menggunakan
website itu tujuan promosi. Semua ini memerlukan kemahiran menulis dan
berbahasa supaya dapat memikat pembaca atau pengunjung.  Terdapat juga pelbagai syarikat Perhubungan
Awam atau Public Relations menawarkan perkhidmatan menulis, menterjemah,
menyunting, menguruskan pengendalian website, penerbitan buku terutama untuk
majlis-majlis rasmi, dan Buku Laporan Tahunan untuk syarikat-syarikat besar.
2)   
Persuratkhabaran
Syarikat akhbar memerlukan
wartawan, penyunting, penulis rencana dan lain-lain yang semestinya mahir
menulis .
3)   
Bidang
pengiklanan
Pengiklanan memerlukan
copy-writer atau penulis  jalan cerita (story
line).
4)   
Penerbitan
Buku / Penyiaran .
Syarikat-syarikat penerbitan
memerlukan editor dan penulis. Syarikat penyiaran memerlukan penulis skrip
rancangan. Pusat penyiaran seperti RTM, TV3, ASTRO dan banyak lagi stesen
memerlukan penyunting berita, penulis skrip, penyunting skrip, pengurus
produksi untuk pelbagai siaran.
5)   
Teknologi
Maklumat
Dalam era IT ini peluang untuk
penulis juga bertambah untuk menerbitkan CD Rom (berbentuk cereka, dokumentari,
pembelajaran dsbnya)
6)   
Kemahiran
menulis adalah satu aset bagi bidang-bidang seperti:
·        
Setiausaha
Akhbar
·        
Penterjemah
·        
Pegawai
Penyelidik
·        
Penulis
bebas / Free lancer
                     
i.       
Menulis
lirik lagu
                   
ii.       
Menulis
novel. Novel popular dan novel remaja mempunyai pasaran yang baik
                  
iii.       
Menulis
skrip drama TV, radio.
                  
iv.       
Menulis
skrip iklan
                   
v.       
Menulis
untuk akhbar dan majalah
Jika
pun anda tidak berkhidmat secara terus atau sepenuh masa di tempat-tempat ini
atau tidak terlibat secara terus dengan kerjaya di atas, kemahiran menulis
tetap menjadi satu kemahiran yang menguntungkan.
Ia
memudah dan mempercepatkan tugas anda:
     
i.       
Menulis
tesis, laporan, minit mesyuarat
    
ii.       
Menyediakan
kertas kerja untuk memohon projek kalau menjadi usahawan dsbnya

OLEH YANG DEMIKIAN ADALAH
TIDAK RUGI JIKA ANDA MENAMBAH ILMU DI BIDANG PENULISAN. 

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.