Jangan Tutup Matamu

jangan tutup matamu

Jangan kamu tutup matamu,
Kerana pasti kamu akan terlena,
Hingga tidak menyedari,
bahawa ada yang mengkhianati,
jangan kau biarkan matamu tertutup,
kerana pasti kamu dibuai mimpi,
hingga tiada disedari,
penipuan berlaku dan terjadi,
jangan matamu dipejam,
kerana yang kejam,
tiada belas untuk menikam,
jangan biar dirimu lena,
kerana kamu akan terlepas,
menonton lakonan dalam realiti,
jangan sekali kamu beradu,
melayan enak tidurmu,
kerana ragam dunia,
berlalu tanpa menunggumu…

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.