BIOGRAFI, AUTOBIOGRAFI DAN MEMOIR

By in
No comments
MENULIS
BIOGRAFI, AUTOBIOGRAFI DAN MEMOIR
Pada 15 dan 16 April 2015 saya
akan menjadi fasilitator Bengkel Penulisan BIOGRAFI,
AUTOBIOGRAFI DAN MEMOIR
dianjurkan oleh UUM Press. Bengkel ini akan
berlangsung di UUM. In sya Allah kertaskerja yang lengkap akan dimuatkan ke
blog ini nanti.
Apakah yang dimaksudkan
dengan Biografi, Autobiografi Dan Memoir?
Biografi,
Autobiografi dan Memoir boleh ditakrifkan secara ringkas sebagai kisah hidup
seseorang. Dalam konteks ini seseorang itu adalah tokoh yang penting dan dikenali
oleh masyarakat.
BIOGRAFI
ditulis oleh orang lain tentang seorang tokoh.
AUTOBIOGRAFI
DAN MEMOIR
ditulis sendiri oleh tokoh berkenaan.

Ciri
penting dalam ketiganya:
Ketokohan
subjek yang ditulis
kebenaran
dan kepentingan fakta mengenai Tokoh dan di sekitar Tokoh.
Pengarang
dikenalpasti.
 Biografi, autobiografi dan Memoir tidak boleh
mengandungi cerita yang tidak benar atau ditokok tambah dengan elemen rekaan.  Di samping itu peristiwa dan pengalaman yang
dilalui tokoh adalah peristiwa-peristiwa penting yang memberi maklumat berguna,
malah bernilai sejarah, khasnya di dalam bidang yang diceburi oleh tokoh.

Biografi,
autobiografi dan memoir mestilah dibezakan daripada penulisan lain yang juga menceritakan
tentang seseorang  tokoh seperti hikayat
(contohnya Hikayat Hang Tuah). Ianya
juga berbeza daripada tulisan-tulisan yang turut mengandungi kisah-kisah yang
benar berlaku seperti novel sejarah, novel autobiografi dan anekdot. Seterusnya
saya akan membicarakan pengalaman menulis Memoir
Zurinah Hassan Menjejak Puisi
(UKM 2003) dan buku Sasterawan Negara Usman Awang, (Dewan Bahasa dan Pustaka 1990,
ed.kedua 2006) Tidak ketinggalah ialah rakaman pengalaman saya dalam Catatan Perjalanan Seni Zurinah Hassan (itbm 2013) Kedua-duanya adalah mengenai penulis yang terlibat di dalam
penulisan puisi. Sasterawan negara Usman Awang
memperlihat peranan alam dan penghidupan masa kecil dalam membentuk pemikiran
seorang penyair Melayu yang penting dalam sejarah sastera khasnya perkembangan
puisi moden tanah air. Ia juga menggambarkan keadaan negara di zaman darurat
dan kemunculan ASAS 50 di Singapura. Memoir
Zurinah Hassan Menjejak Puisi
adalah tentang pengalaman dan proses kreatif
yang dilalui oleh penulis yang difikirkan dapat memberi teladan dan manfaat
kepada khalayak khasnya calon penulis. 
Buku berunsur biografi dan memoir yang pernah saya hasilkan

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.