BERCAKAP TENTANG SYAIR

3 faktor yang menyebabkan kekeliruan 1- Tiada rakaman yang telah dibuat. Oleh itu kita dapat memastikan secara ilmiah, irama manakah yang lebih asli. 2- Orang Melayu tidak begitu menghiraukan aspek ’terminologi’, seperti kata Mohd.Taib Osman ”mungkin dalam kebudayaan Melayu zaman silam, orang tidak begitu berhati-hati tentang definisi sesuatu perkara sehingga payah hendak kita buat definisi yang jitu tentang bentuk-bentuk puisi Melayu lama” (1975:131). . Perkara ini berterusan ke hari ini. Cuba lihat lagu-lagu popular ini: Gurindam Jiwa (dari filem Melayu, Cathay Keris), Seloka (.Aziz Jaafar dan Normadiah ), Nazam Lebaran (Siti Nurhaliza), Nazam Berkasih (Syura), Ghazal untuk Rabiah (M.Nasir dan Jamal Abdillah), Dikir Puteri (Nor Aniza Idris), Syair Si Pari-pari (Zamani). Ini adalah contoh bagaimana terminologi puisi tradisi itu digunakan sewenang-wenangnya walaupun senikata yang dinyanyikan tidak menepati tajuknya. 3- Faktor yang kedua ditambah pula dengan faktor yang ketiga iaitu tidak adanya pengawalan hakcipta. Antara ciri penting sastera tradisional ialah ia diwarisi dan disebarkan melalui tradisi lisan dan bersifat kolektif Seseorang mungkin menamakan karangannya sebagai Gurindam dan menciptanya dalam bentuk gurindam dua baris. Karangannya itu ditokok tambah oleh orang lain selepasnya sehingga menukar struktur menjadi empat baris, tetapi masih mengekalkan nama yang asal.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.