Apa itu Filem Realisme

Realisme merupakan seni yang memaparkan realiti dan kehidupan sebenar tanpa sebarang penambahan unsur yang tidak nyata. Filem Realisme sering dikaitkan dengan filem politik, masalah sosial serta masyarakat dan kritikan terhadap apa yang berlaku pada masa atau ketika itu. Dalam erti kata lain, realisme adalah kehidupan seharian yang dilalui oleh manusia dan hidupan di dunia ini.

 

Filem Realisme juga boleh dijadikan contoh atau rujuan kepada penonton yang ingin mengkaji masalah atau situasi yang berlaku pada tahun-tahun tertentu. Contohnya, sekiranya pada tahun ini ramai pengarah membuat filem berdasarkan isu pandemik Covid 19, pasti sepuluh atau dua puluh tahun akan datang penonton yang menonton filem tersebut akan tahu apa yang berlaku serba sedikit mengenai peristiwa pandemik ini.

 

Kebanyakkan filem Realisme adalah berasaskan penceritaan masyarakat. Saya mengambil contoh filem Arwah Pak Mat Lif & AJK, realiti kehidupan masyarakat di kawasan flat menjadi isu utama. Bagaimana kesusahan penduduk yang terpaksa menghadapi kesusahan lif rosak dan kebajikan mereka terabai akibat sikap pihak yang tidak bertanggungjawab.

 

Kebiasaannya filem Realisme tidak memerlukan sebarang kesan khas seperti filem superhero atau filem aksi. Bersesuaian dengan terma realisitik, aliran Realisime tidak memerlukan sebarang penyuntingan yang hebat atau terlalu rumit. Objektif filem Realisme juga jelas tanpa perlu unsur tersirat yang begitu mendalam.

 

 

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.