ALAM DALAM PANTUN

ALAM DALAM PANTUN

ALAM, PEMIKIRAN DAN EMOSI DALAM PANTUN MELAYU
Zurinah Hassan
(makalah ini disampaikan di Seminar/Festival Pantun Nusantara anjuran MASTERA di Brunei DArussalam, 27- 2 November 2012
Pantun adalah warisan bangsa yang dikagumi di seluruh dunia dan
diiktiraf sebagai karya sastera yang unik dan bermutu. Sebagai sastera rakyat, ribuan
pantun yang diwarisi adalah khazanah bernilai yang  tidak diketahui penciptanya.

Boleh dikatakan Pantun adalah bentuk puisi warisan yang
paling popular  dan hidup subur pada masa
ini mengatasi  syair, seloka, nazam dan
gurindam.  Pantun tersebar luas melalui
pelbagai media seperti lirik lagu, majlis perkahwinan, majlis rasmi dan
pelbagai acara kemasyarakatan. Sering juga diadakan pertandingan berbalas
pantun baik di peringkat sekolah hingga ke peringkat kebangsaan.  Pantun bukan sahaja disiarkan dalam
majalah ilmiah dan budaya  seperti Dewan Budaya, Dewan Sastera dan Pelita Bahasa malah dalam
majalah-majalah jenaka dan komik seperti 
Ujang dan Din Lawak.
Pantun bukan saja menjadi lirik lagu Melayu Asli malah lagu Rock. Turut
digunakan oleh Pengiklan
Kek lapis dan kuih bahulu,
      Menjadi juadah di Hari raya;
Kalau puan-puan
ingin tahu,
     Semua perkakasan ada di IKEA.
(Utusan Malaysia 13 Oktober 2006 dalam
iklan IKEA )
Pantun
juga berkembang di internet. melalui beberapa laman web khas. Di facebook ada
pelbagai page yang tertumpu kepada pantun seperti Pantun Nusantara, Puisi dan
Pantun, Pantun Minang dll di mana ahli boleh menghantar pantun setiap masa. Di
samping itu pantun turut  disebar luas
melalui sms sempena hari raya atau
peristiwa-peristiwa tertentu. Pantun sms ini biasanya bernada jenaka dan
bertujuan untuk menyampaikan komen-komen yang nakal. Dari sini kita melihat
teknologi moden mengembalikan unsur-unsur sastera rakyat yang tersebar tanpa
diketahui pengarang asalnya.
Melihat kepada keadaan ini, kita tidak bimbang tentang survival pantun. Ia bukan hanya
hidup  tetapi berkembang mekar. Walau
bagaimanapun  hal yang membimbangkan
ialah tentang  penghayatan pantun. Masyarakat
mengucapkan pantun tetapi kurang menghayati maksud dan kata-kata yang digunakan
menyebabkan nilai, maksud dan falsafah yang 
tinggi itu tidak dikenali oleh masyarakat.
PEMIKIRAN
dan PERASAAN dalam pantun
Pantun
adalah sebuah karya kreatif, oleh itu, memiliki komponen penting pemikiran dan
perasaan/emosi  PEMIKIRAN merangkumi
pandangan hidup, nasihat, pedoman, falsafah . PERASAAN/EMOSI  termasuk sedih, suka, bahagia, kagum, sayu
dsbnya
Sebuah karya kreatif berbeza
dari sebuah rencana sebagaimana sebuah filem cereka berbeza daripada sebuah
filem dokumentari. Seorang sasterawan mengungkap tentang sesuatu yang bermain
di fikiran dan perasaannya. Oleh itu dia mereka-cipta karya yang dapat
menyentuh perasaan pembaca dan dari sentuhan emosi ini pembaca akan terangsang
untuk turut berfkir  tentang apa yang
diutarakan oleh penulis tersebut.
Sebagaimana
hasil sastera Melayu yang lain, Emosi dan Pemikiran itu tidak dicurahkan dengan
berterus terang tetapi dengan menggunakan unsur-unsur alam sebagai
perlambangan. Penggunaan unsur alam ini pula menambah keindahan atau estetika
sesebuah pantun.
Menggunakan alam sebagai
perlambangan bermaksud menyamakan sesuatu dengan alam. Kata ‘pantun’ itu
sendiri adalah dari kata “sepantun” iaitu  menyamakan atau mengumpamakan seperti terlihat
di dalam baris pantun: “kami sepantun telur itik, kasihan ayam maka menjadi’.
Karya sastera mengemukakan Pemikiran melalui sentuhan
emosi atau deria.Karya sastera yang bermutu adalah jalinan yang harmonis di
antara penggunaan bahasa, gaya penceritaan dan subjek yang disampaikan.Unsur
alam memberikan Kesan audio,dan kesan
visual.  Dan kedua ini berpadu menyampaikan makna pantun.
Kesan audio atau
kesan bunyi merujuk kepada cara penyair menyusun kata-kata dengan menggunakan
unsur-unsur rima (rima akhir, rima awalan, dalaman) , asonansi dan aliterasi,
ulangan perkataan , bilangan sukukata pada setiap baris dan bilangan baris pada
setiap rangkap.
Metafora
berlaku apabila perkataan-perkataan yang digunakan mempunyai makna yang
menyimpang dari maknanya yang asal atau makna yang literal. Bererti telah terdapat pemindahan atau penyimpangan makna
di dalam kata-kata. Ia tidak lagi dapat dirujuk secara literal . Contoh metafora
dalam pantun
Buah langsat kuning
mencelah,
    Keduduk tidak berbunga lagi;
Sudah
dapat gading bertuah,
    Tanduk tidak berguna
lagi.

Pantun ini menyatakan kepada yang ditujukan tentang rasa kesal, kecewa dan duka
cita. Jelas di sini bahawa pantun menyembunyikan maksud atau perasaan dengan
penyusunan kata-kata yang indah. Si penutur pantun mungkin mengharapkan agar
dia dapat dihargai dan tidak dilupakan begitu saja dengan kehadiran orang baru.

Contoh metafora yang lain: Dilambung
ombak
, (kalau takut dilambung ombak/jangan berumah di tepi pantai) Ditimang gelombang (kecil-kecil
ditimang ibu/sudah besar ditimang gelombang).
CONTOH SIMILE
Berburu ke
padang datar
Dapat rusa
berbelang kaki
Berguru
kepalang ajar
Bagi bunga kembang tak jadi
Cahaya redup
menyegar padi
Ayam berkokok
mengirai tuah
Jika hidup
tidak berbudi
Umpama pokok tidak berbuah.
Contoh Hiperbola
Sekuntum bunga dalam padi
Ambil barang cabut uratnya
Tuan sepantun langit tinggi
Bolehkan berlindung di
bawahnya
(sepantun
langit tinggi juga contoh simile)
Buah jering di atas para
Diambil budak sambil
berlari
Keringlah laut Selat  Melaka
Barulah dinda mungkirkan
janji
Hiperbola berlaku di
dalam ungkapan “keringlah laut Selat Melaka”
CONTOH PERSONIFIKASI
bacang masak mempelam
manis
makanan anak bidadari
bintang teresak, bulan menangis
hendak bertemu si
matahari.
Pokok pakis tumbuh di
hutan
Tumbang melepa di atas
duri
Pulau menangis kering lautan
Ikan juga menghempas
diri.
Pulau menangis kering lautan juga contoh hiperbola
Pantun
menggunakan pelbagai unsur alam untuk mengungkap pemikiran dan emosi/perasaan.
Di antara unsur yang dominan ialah alam
laut dan lautan
dan unsur waktu,
peralihan hari dan cuaca
. Tinjuan penulis  mendapati  bahawa:
·        
Alam laut dan lautan sering
digunakan untuk menyatakan PEMIKIRAN (falsafah, pandangan hidup, nasihat dan
pedoman)
·        
Unsur waktu, peralihan hari
dan cuaca digunakan untuk menyatakan PERASAAN menggambarkan  emosi (sedih, sayu, bahagia, gembira, rindu
dendam).
LAUT DALAM PANTUN
Secara
keseluruhannya laut digunakan di dalam pantun untuk menyampaikan pemikiran , memberi
nasihat dan pedoman hidup. Dalam pantun2 ini akan terdapat gambaran laut
sebagai simbol  perjalanan hidup manusia.
Menempuh hidup disamakan dengan mendayung perahu atau melayari bahtera di
lautan. Manusia akan menempuh pelbagai peristiwa, suka dan duka, bahagia dan
sengsara umpama pelbagai perkara yang ditemui di dalam pelayaran. Cabaran dan
dugaan yang dilalui digambarkan sebagai ombak, gelombang, badai dan batu karang
yang mengganggu perjalanan. Setiap orang perlu berhati-hati di dalam hidupnya
sepertimana seorang pelaut mesti berhati-hati di tengah lautan. Kehidupan yang
hancur disamakan dengan kapal yang karam.
Laut
adalah cabaran yang mesti ditempuh oleh seorang yang telah dewasa seperti mana
yang dinyatakan di dalam pantun ini:
Rumah
kecil tiang seribu
Rumah besar tiang sbatang
Kecil2 ditimang ibu
sudah besar ditimang
gelombang
Pantun
ini sering diselitkan di dalam lagu2 rakyat atau nyanyian kanak-kanak. Melalui
pantun ini orang2 tua menyediakan minda anak2 untuk menempuh alam kedewasaan .
ia menyedarkan bahawa dalam hidup ini tidak boleh selamanya berharap atau
bergantung kepada ibubapa dan orang lain. Juga adalah tanggungjawab ibu
menimang atau member kasih sayang dan tunjuk ajar secukupnya kepada si anak
ketika ia masih kecil. Bila meningkat dewasa anak mesti dilepaskan untuk pergi
mencari penghidupannya sendiri. Tibalah waktunya untuk berdikari. Keluar
membina kehidupan biasanya melibatkan perjalanan menyeberang lautan . segala
susah payah akan dialami bagaikan menempuh gelombang di tengah lautan.
 Angin barat gelombang barat
Barat ditiup si angin timur
Tidak dirintang muatan sarat
Akibat laut tempat berkubur
Pantun ini menyentuh  perihal membuat pilihan dan menentukan
prioritas di dalam kehidupan. Orang yang berjaya dan selamat adalah mereka yang
bijak membuat pilihan.Sudah dikatakan bahawa hidup adalah pelayaran, maka
pilihlah yang terbaik dan yang diperlukan sahaja untuk dibawa.  Terlalu banyak muatan yang tidak diperlukan
akan menyebabkan perahu karam di lautan. Orang tua-tua menasihati agar kita
berpada-pada di dalam segala segi. Kalau mahu selamat mestilah  menjaga batas dan sempadan. Hidup adalah
umpama pelayaran maka belayarlah dengan bekalan yang mencukupi dan  bawalah hanya yang diperlukan.
Contoh-contoh
lain penggunaan laut untuk mengungkap pemikiran
·        
Nasihat kepada guru supaya bersabar dalam mengajar dan mendidik
kerana pekerjaan itu bukanlah mudah. Cubaan dan dugaan akan terus dihadapi
seperti ombak yang tidak berhenti-henti menghempas ke pantai.
Orang haji dari Jeddah
Buah kurma berlambak-lambak
Pekerjaan guru bukanlah mudah
Bagai kerja menolak ombak.
·        
Seseorang diberi amaran supaya Lebih baik menjauhkan diri dari
bahaya dengan  tidak  menumpang biduk yang tiris dan menanti karam.
Orang Padang ke Sukabumi
Berangkat dari Pulau
Karam
Jangan ditumpang biduk
kami
Biduk tiris menanti
karam
·        
Menyatakan Falsafah kempimpian. Sebuah negara tidak akan aman
jika ditadbir oleh dua orang apatah lagi yang bercanggah pendapatnya.
Duduk berbual di
remang senja
Angin taufan bertiup
kencang
Kalau kapal dua
nakhoda
Alamat karam dipukul
gelombang.
·        
Seaeorang mestilah mengukur kemampuannya dan benar-benar faham sebelum
mengambil risiko mencuba nasib misalnya melabur dan memulakan perniagaan.
Kalau mengail di lubuk dangkal
Dapat ikan penuh seraga
Kalau kail panjang sejangkal
Jangan laut hendak diduga
·        
Jika tidak berani atau tidak bersedia menempuh dugaan dan cabaran jangan
melibatkan diri di dalam sesuatu lapangan yang berisiko. Di sini ombak
diibaratkan sebagai kesukaran-kesukaran di dalam menjalani kehidupan.
Jika dilurut padi masak
Jatuh ke tanah berderai-derai
Kalau takut dilambung
ombak
Jangan berumah ditepi pantai
·        
Untuk berjaya seseorang mesti melengkapkan diri dengan peralatan dan
ilmu pengetahuan. Persiapan yang tidak sempurna adalah umpama biduk yang tidak
ada pengayuh . Keadaan ini akan menyebabkan seseorang gagal di dalam cita-cita,  tidak mencapai sesuatu matlamat umpama orang
yang tidak sampai ke pulau yang diingininya..
Beringin di kampung Pulau
Pautan ayam tedung Gombak
Hati ingin memandang pulau
Biduk ada pengayuh tidak
UNSUR WAKTU   DAN EMOSI
Pertukaran malam dan siang adalah ketentuan Allah yang membuktikan
kebijaksanaanNya. “Bahawa sesungguhnya dalam kejadian langit dan bumi dan pada
pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan
keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal (Surah Ali-Imran, ayat
190). Peredaran waktu iaitu pagi, petang, malam turut mempengaruhi perasaan dan
kreativiti pengarang pantun.
Apa digulai orang di ladang
             Pucuk kacang bersela2
Apa untung anak dagang
            Hari petang  tangga berhela           
Kalau nak tahu rumpun padi
            Lihatlah
rumput di permatang
Kalu nak tahu diuntung kami
            Lihatlah laut petang2           
Pucuk pauh berulam
pauh
Petang-petang kacau
inti
Sayang saya berkasih
jauh
Petang-petang hancur hati
Pantun
pantun di atas dipetik dari Kumpulan
Pantun Melayu
susunan Zainal Abidin Bakar (DBP 1984). Pantun yang
dikategorikan sebagai pantun percintaan ini mempunyai maksud dan kisah yang
jelas mengenai seseorang yang merindui kekasihnya pada waktu petang. Kisah
percintaan, perpisahan dan rindu-rinduan seperti ini memang banyak terdapat di
dalam pantun Melayu. Tetapi soalnya mengapa perasaan rindu itu semakin hebat
dirasai pada hari petang hingga ke tahap “petang-petang hancur hati”.
Pantun
ini adalah salah satu pantun yang memperlihatkan hubungan waktu atau peralihan
hari dengan emosi manusia. Mengapakah emosi seseorang terusik pada waktu
petang? Ini mungkin akibat dari dua faktor. Pertama, pada waktu petang lazimnya
orang akan duduk berehat setelah penat bekerja di sebelah pagi.
Di
dalam keadaan sibuk bekerja biasanya kita melupakan hal lain atau sebarang
masalah yang mungkin dihadapi. Tetapi apabila tidak membuat apa-apa, pelbagai
perkara mula memenuhi ruang fikiran. Di sinilah datangnya kenangan dan rasa
rindu kepada orang yang dikasihi.
Kedua
pada waktu petang matahari tidak lagi terang benderang. Mata hari yang cerah
dianggap sebagai ‘keadaan cuaca yang baik’ dan diasosiasikan dengan suasana
ceria. Kecerahan atau keceriaan ini menghilang pada waktu petang. Hari semakin
redup dikaitkan dengan kemuraman dan kesedihan. Dalam hubungan yang sama kita
melihat bagaimana teknik penataan cahaya digunakan di dalam pementasan teater
untuk membina suasana gembira atau sedih. Oleh itu tidak hairanlah jika orang
yang berjauhan dengan kekasih merasa amat rindu apabila hari petang.
Pencipta
pantun sering menggunakan peralihan hari bagi menggambarkan perasaan selain
petang, waktu pagi, tengah hari, senja dan malam juga digunakan bagi membawa
pengertian tertentu. Berkait rapat dengan waktu atau peralihan hari ialah
keadaan cuaca dan pertukaran musim. Hal ini dapat dilihat didalam beberapa buah
pantun.
Pantun
Melayu amat banyak menggunakan unsur alam. Salah satu objek alam yang sering
terdapat di dalam pantun ialah laut. Selain melambangkan cabaran hidup, laut
juga membawa rasa sayu kerana laut yang luas adalah pemisah di antara insan.
Laut yang terbentang membawa rasa sayu. Kesayuan ini semakin meningkat apabila
hari petang. Ini digambarkan oleh pantun di bawah:
Antara
 fenomena cuaca yang sering digambarkan
di dalam pantun ialah hujan. Hujan
menjadi perlambangan yang amat ketara di dalam puisi Melayu baik puisi tradisi
atau puisi moden.Perkara ini terjadi kerana hujan menyekat perjalanan atau
aktiviti .Di dalam hujan  terpaksa
menghentikan aktiviti dan mengurung diri di dalam rumah. Sekali lagi, di dalam
keadaan tidak bekerja  mula mengenang
sesuatu yang mungkin dapat di lupakan semasa bekerja. Keadaan semakin samar dan
kabur dan dikaitkan dengan rasa tidak menentu. Hujan yang menitis juga
menyerupai air mata yang mengalir. Lalu terciptalah pantun di bawah ini:
Dari ladang pergi ke
gurun
Buluh duri
melingkar kota
Hari petang hujan pun turun
Dagang berurai air
mata
Mata
hari yang cerah dikaitkan dengan suasana yang ceria. Kehilangan matahari
membawa suasana muram. Awan dan mendung juga mempengaruhi perasaan manusia dan
digunakan oleh pencipta puisi bagi membina suasana sedih dan sayu. Ini terlibat
di dalam pantun di bawah:
Singkorak kotanya
tinggi
Buah pauh dari
seberang
Awan berarak tangisi
Badan jauh di rantau
orang
Suasana
cerah melambangkan kebahagiaan manakala mendung dan hujan dikaitkan dengan
sesuatu yang menyedihkan. Dengan keadaan ini seseorang
yang cuba menyembunyikan perasaan sedihnya di sebalik senyuman
digambarkan sebagai ‘panas yang mengandung hujan’. Keadaan ini dijelaskan oleh
pantun:
Meninjau
berpadi masak
Batang
kapas bertimpal jalan
Hati
risau dibawa gelak
Bagai panas mengandung
hujan
Seperti
yang disebut di atas, di dalam pantun dan puisi Melayu yang lain, sinar
matahari diasosiasikan dengan kebahagiaan atau sesuatu yang membawa harapan di
dalam hidup seseorang. Oleh itu kebahagiaan yang tidak kekal lama dianggap
sebagai ‘hujan di tengah hari’. Hujan yang turun diumpamakan sesuatu yang
datang untuk menggangu kebahagiaan seseorang. Inilah yang dimaksudkan oleh
pantun di bawah:
Panjanglah
rumput di permatang
Disabit orang
Inderagiri
Disangka
panas hingga ke petang
Rupanya
hujan di tengah hari.
Walau
bagaimanapu hujan di dalam pantun bukanlah semestinya membawa konotasi yang
tidak menyenangkan seperti gangguan kepada kebahagiaan. Hujan juga digunakan
bagi membawa pengertian rahmat dan rezeki sesuai dengan sifatnya sebagai sumber
air untuk meneruskan kehidupan manusia. Hujan menyuburkan tanaman lalu ia
diasosiasikan dengan sesuatu yang membawa harapan baru atau membawa sinar
kebahagian.
Sehubungan
dengan itu seseorang yang sedang menunggu dan mengharapkan kebahagiaan
diumpamakan sebagai sedang menunggu hujan turun. Apabila sesuatu yang
diharapkan tidak menjadi kenyataan, maka keadaan itu diibaratkan sebagai hujan
tak jadi.
Di
dalam peribahasa Melayu, hujan tak jadi membawa pengertian impian yang tidak
kesampaian khasnya pertunangan yang putus di tengah jalan dan perkahwinan tidak
berlangsung seperti yang diheboh-hebohkan. Situasi ini tergambar di dalam
pantung di bawah. Pantun ini dinyanyikan di dalam sebuah lagu yang dipetik dari
filem keluaran Cathay Keris,Puteri Gunung Ledang, arahan S.Romai
Noor.
Pergi
ke hutan memotong nibung
Parangnya
tumpul tidak diasah
Petir
berdentum kliat bersabung
Hujan
tak jadi bajuku basah
Oleh
kerana itu orang tua sering menasihatkan 
supaya jangan terlalu yakin dan terlalu mengharapkan sesuatu. Sikap
terlalu mengharap atau terlalu yakin dianggap sebagai mengharapkan hujan di langit. Lebih buruk lagi jika kita membuang
sesuatu yang  telah dimiliki kerana
mengharapkan sesuatu yang belum tentu. Ini digambarkan di dalam pantun:
Harapkan
si untung menggamit
Kain
di badan didedahkan
Harapkan
guruh di langit
Air
tempayan dicurahkan
 Gangguan emosi ini menjadi lebih hebat pada
waktu malam ketika suasana lebih senyap dan sunyi. Hal ini dapat dilihat di
dalam dua pantun di bawah:
Riuh rendah di tepi
telok
Lihat orang duduk
bertenun
Tengah malam ayam
berkokok
Serasa tuan datang
membangun
Terang bulan di
Pulau Pinang
Anak Belanda turun ke kapal
Tengah malam bangkit
terkenang
Air mata turun ke
bantal.
Penggunaan unsur alam dalam
karya sastera termasuk pantun  memberikan
identiti kepada sastera Melayu; malah menjadi alatan terpenting sastera Melayu,
sejak awal lagi hinggalah ke zaman mutakhir . Penggunaan lambang atau  bahasa kiasan juga berpunca daripada sifat
orang-orang Melayu yang menghargai orang-orang tua, ibu
bapa, raja, pembesar, jiran, kawan sebaya, dan saudara seagama, justeru itu
tidak menegur dan mengkritik secara tidak berlapik . Sehingga ke hari ini Penyair-penyair Melayu kontemporari menggunakan
objek-objek alam fizikal sebagai lapisan tersurat yang mengandungi maksud yang
tersirat. Ini bermakna hasil sastera Melayu tidak dapat dihayati atau dinilai
selagi tidak ditafsir dan difahami perlambangan yang digunakan.
Rujukan:
1.    Harun Mat Piah, Puisi
Melayu Tradisional: Satu Perbincangan Genre dan Fungsi,
1989, Kuala Lumpur,
Dewan Bahasa dan Pustaka
2.    Zurinah Hassan, Unsur Alam dalam Puisi Melayu , 2010 . Penerbit UKM.
3.   
Zurinah
Hassan. Puisi Melayu Tradisional- Pantun,
Syair, Gurindam, Seloka , 2012, Kuala Lumpur.
Penerbit Pekan Ilmu .

4 Comments

    • kami sekeluarga tak lupa mengucapkan puji syukur kepada ALLAH S,W,T
      dan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor togel.nya yang AKI
      berikan 4 angka ((( 2371 ))) alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus AKI.
      dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
      ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu AKI. insya
      allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
      kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
      sekali lagi makasih banyak ya AKI bagi saudara yang suka main togel
      yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi AKI SOLEH,,DI NO Cll (((082-313-336-747)))
      insya allah anda bisa seperti Saya menang togel 579
      juta, wassalam.

      dijamin 100% jebol saya sudah buktikan…sendiri….

      Apakah anda termasuk dalam kategori di bawah ini !!!!

      1"Dikejar-kejar hutang

      2"Selaluh kalah dalam bermain togel

      3"Barang berharga anda udah habis terjual Buat judi togel

      4"Anda udah kemana-mana tapi tidak menghasilkan solusi yg tepat

      5"Udah banyak Dukun togel yang kamu tempati minta angka jitunya
      tapi tidak ada satupun yang berhasil..

      Solusi yang tepat jangan anda putus asah….AKI SOLEH akan membantu
      anda semua dengan Angka ritwal/GHOIB:
      butuh angka togel 2D 3D 4D SGP / HKG / MALAYSIA / TOTO MAGNUM / dijamin
      100% jebol
      Apabila ada waktu
      silahkan Hub: AKI SOLEH DI NO: Cll (((082-313-336-747)))

      KLIK DISINI >*>*>* BOCORAN TOGEL SINGAPURA HARI INI *<*<*<

      angka GHOIB: singapur 2D/3D/4D/

      angka GHOIB: hongkong 2D/3D/4D/

      angka GHOIB; malaysia

      angka GHOIB; toto magnum 4D/5D/6D/

      angka GHOIB; laos

  1. Maaf sebelumnya nama saya Valeria Armita Rahayu TKI dari Hong-Kong jika lewat Tempat ini saya menceritakan kisah hidup saya niat saya hanyalah semata ingin berbagi tapi semua tergantung Anda percaya atau tidak yg jelasnya ini kisah nyata saya…
    Syukur alhamdulillah kini saya bisa menghirup udara segar di indonesia karnah sudah sekian lama saya ingin pulang ke kampung halaman namun tak bisa sebab,saya harus bekerja di negri orang (HongKong) karna ada hutang orang tua yang harus saya lunasi…Singkat cerita namun saya tidak pusing lagi sebab kemaring saya di berikan Info oleh seseorang yang tidak saya kenal,katanya kalau mengalami kesulitan baik dalam Kesehatan atau Ekonomi,Terlilit hutang silahkan minta bantuan sama MBAH WIRANG di Nomer telfon ( 082_346_667_564 ) di jamin bantuan beliau 100% …Jadi saya beranikan diri menghubungi beliau dan menyampaikan semua masalah saya dan alhamdulillah saya bisa di bantu,,,Singkat cerita kini semua hutang orang tua saya sama rentenir semua sudah terlunasi dan punya modal besar untuk buka usaha di indon dan rencana bulan depan saya balek ke indon…
    Jadi buat yang pengen seperti saya silahkan hubungi MBAH WIRANG di nomer ( 082_346_667_564 ) Anda tidak usah ragu akan adanya penipuan atau hal semacamnya sebab saya dan yg lainnya sudah membuktikan keampuhan bantuan beliau mungkin sudah waktunya giliran Anda…salam saudara-saudari TKI semua…

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.