A POEM ABOUT OUR NATIONAL LANGUAGE

A POEM ABOUT OUR NATIONAL LANGUAGE

We are not against the use of English. In fact we support the learning of all languages. But we are disappointed that BAHASA MELAYU, being treated as a second class language in the land of its own. In Malaysia there are more people who prefer to use English since it is often considered the language of the educated.

I have written  a poem entittled SEORANG TUA BERNAMA BAHASA ( AN OLD MAN NAME LANGUAGE). The poem is recorded  by our national radio, RADIO KLASIK and often broadcasted. Since then, I have received comments from listeners saying how they felt touched by the poem and my reading it with emotion.  The poem was first included in my personal collection, SALASILAH, published by Dewan Bahasa dan Pustaka (Language and Literary Bureau) Kuala Lumpur, 2005.  I thank Radio Klasik for helping to widen the spread of literary work, particularly poem, in Malaysia

Two comments read:

1) Salam Dr.. saya trharu sgt mndgr deklamasi sajak Dr ttg bahasa. Saya tak tau tajuknya, mungkin ‘seorg tua brnama bahasa’ di klasik nasional tadi. Saya jarang trharu dgn sajak2 yg lain, tapi dgn sajak ini, saya terpaksa park kereta di tepi jln dahulu utk menghayatinya.

2) Dpt menikmati kisah seorg tua bernama Bahasa. Terusik hati ku mendgrkn ceritanya tentang mimpi ngeri perihal kampung halamannya yg punah ranah dilanda bencana…menangis2 beliau mengingati watak2 dlm mimpinya yg cuba menjerit meminta tolong …terharu rasa..krn saat membuka mulut tapi tiada bersuara !!!

THE FULL TEXT HERE.
Seorang Tua Bernama Bahasa
(Salasilah, 2005,dbp)
Di sudut sebuah kota ternama
di belakang sebuah menara
yang terkenal di dunia
ditinggalkan sedikit kawasan
kawasan belas ihsan.
Seluruh kota telah diberitahu
tentang wujudnya kawasan itu
bukti amat nyata
keprihatinan pemilik kota
menyediakan kawasan itu
khas untuk warga tua
yang tidak dipedulikan anak cucu.
Antara yang terlantar di sana
adalah seorang tua bernama Bahasa
dia rajin bercerita kepada kawan-kawan sebaya
yang sama menumpang
menunggu hari petang.
Mengikut cerita orang tua
yang bernama Bahasa itu
dia punya ramai anak cucu
di seluruh alam Melayu
semasa muda dan gagah
dia menjaga mereka
memberi mereka ilmu
hingga menjadi bangsa
yang kuat dan berpadu
apakan daya mereka tidak menyayanginya
mereka menghantar dia ke situ
semakin pudar dan layu.
Pada suatu pagi
orang tua yang bernama Bahasa itu
menangis tersedu-sedu.
Kawan-kawan pun bertanya
dan dia bercerita
“Semalam aku bermimpi
terlalu dahsyat mimpi itu
aku bermimpi kampung halamanku
musnah dipukul ribut
aku melihat anak cucuku
terapung dan hanyut
mereka hanyut seperti kayu
yang tak kenal hujung pangkal
mereka hanyut seperti kayu
yang tak tahu usul asal
dibawa arus tak terkawal.
Aku sedih melihat mereka cuba menjerit
meminta tolong tetapi apabila mulut dibuka
mereka telah kehilangan suara.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.